Sabtu, 31 Disember 2016
10 Kebaikan Susu Ibu Kepada Si Comel๐๐
Jumaat, 30 Disember 2016
Anggaran Susu Mengikut Usia
Assalamualaikum & selamat pagi😘😘😘
Panduan penyusuan ini amat sesuai terutama sekali kepada ibu-ibu yang bekerja..
khasnya bagi ibu baru, dah tentu tentu kalian runsing berapa banyak susu ibu yang perlu dibekalkan untuk bayi semasa kita pergi bekerja.
Jadi anggaran susu ibu yang diperlukan oleh bayi dari lahir hingga usia enam bulan adalah seperti berikut :
Dari lahir hingga sebulan
Bilangan penyusuan sehari : 8 - 12 kali
Amaun susu setiap penyusuan:60 ml
Jumlah susu dalam sehari :480-720 ml
Usia sebulan hingga 2 bulan :
Bilangan penyusuan sehari : 7 kali
Amaun susu setiap penyusuan : 90 ml
Jumlah susu dalam sehari : 630 ml
Usia 2 hingga 4 bulan :
Bilangan penyusuan sehari : 6 kali
Amaun susu setiap penyusuan : 120 ml
Jumlah susu dalam sehari : 720 ml
Usia 4 hingga 6 bulan :
Bilangan penyusuan sehari : 5 kali
Amaun susu setiap penyusuan : 150 ml
Jumlah susu dalam sehari : 900 ml
Sumber panduan penyusuan bayi dipetik dari majalah Mami & Baby
Inginkan susu meriah cam dalam pantang. Jom kita sembang.
Sedia membantu,
Ibu Adam Zaqwan & Adam Zafran
📲 010-8107983
zakarianoraslina@gmail.com
😘😘😘
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak :
# Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
# Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
# Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
# Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
# Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizikal dan jiwa anak.
# Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitu indahnya pahala dan kebaikan yang dah tertulis dalam Quran mengenai penyusuan ibu ini...
Moga saya akan dapat teruskan penyusuan ini sehingga usianya 2 tahun.. InsyaAllah...
Rabu, 21 Disember 2016
Petikan Ayat 14, Surah Luqman :
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
