Ahad, 8 Januari 2017

KENAPA MEMILIH PENYUSUAN SUSU IBU?

Tahukah anda susu ibu mengandungi khasiat yang tidak dimiliki susu lain di dunia.

Antara kebaikan penyusuan badan ialah:

1. Meningkatkan sistem imunisasi, psikologi, dan membantu memberi nutrisi yang cukup kepada bayi.

2. Penyusuan eksklusif susu ibu pada 6 bulan pertama dalam jangka hayat bayi adalah cukup untuk menyokong tumbesaran bayi secara optimum. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan pada usus dan masalah pernafasan bayi. 

3. Penyusuan badan dapat membantu mengecutkan rahim ke saiz asal sebelum mengandung dan membantu ibu menurunkan berat badan secara semulajadi kerana penyusuan badan bertindak membakar lemak-lemak di dalam badan (sebab itulah ibu menyusu memerlukan 500 kalori sehari!).

4. Penyusuan badan dapat mengelakkan risiko ibu dari terkena kanser payudara dan kanser ovari. Risiko akan semakin berkurang dengan peningkatan tempoh penyusuan susu ibu. Ini bermakna semakin lama ibu menyusukan anak, semakin berkurang risiko terkena kanser.

5. Susu ibu meningkatkan pertumbuhan otak dan IQ anak kerana susu ibu adalah sel hidup yang dipindahkan dari badan ibu ke badan anak dan mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi berbanding susu formula. DHA adalah satu nutrisi penting untuk perkembangan otak anak.

6. Susu ibu sentiasa tersedia untuk si anak, dan sentiasa berada pada suhu mengikut suhu badan ibu. SmSebab itu bayi yang menyusu suka melekap dengan ibunya!

7. Susu ibu mengandungi imuniti terhadap pelbagai penyakit dan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi. Bayi yang menyusu badan jarang sakit. 

8. Penyusuan badan dapat membantu menyokong keperluan emosi anak serta mengeratkan lagi hubungan antara anak dan ibu.

9. Susu ibu mempunyai nutrisi lengkap untuk bayi. Susu ibu adalah custom-made mengikut keperluan bayi tersebut. Ianya mengandungi peratusan lemak, kabohidrat dan protein yang bersesuaian untuk peringkat umur bayi. Tiada susu formula yang dihasilkan mampu memberikan nutrisi yang betul-betul bersesuaian dengan keperluan tubuh bayi. Susu ibu juga sentiasa berada dalam suhu yang bersesuaian dengan keperluan bayi.

10. Susu ibu yang melahirkan anak pra-matang adalah khusus untuk bayi tersebut. Tidak ada susu formula yang dapat menghasilkan susu begini.

11. Susu formula meningkatkan risiko penyakit diabetes. Susu ibu pula dapat mengurangkan risiko diabetes. Ramai ibu yang tidak tahu bahawa kandungan glukosa dalam susu ibu lebih tinggi berbanding dalam susu formula tetapi kenapa bayi menyusu susu ibu tidak terdedah kepada diabetes? 

Ini kerana glukosa dalam susu ibu adalah dalam bentuk gula ringkas yang senang dihadam dan ditukar ke bentuk tenaga oleh badan bayi.

12. Bayi yang menyusu badan membantu mengurangkan keperluan insulin ibu yang berpenyakit diabetes.

13. Susu ibu mengurangkan risiko penyakit asma.

14. Susu formula mungkin meningkatkan risiko SIDS (sudden infant death syndrome)

15. Bayi yang minum susu formula mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat ‘childhood cancer’. Kajian menunjukkan bayi yang minum susu ibu untuk sekurang-kurangnya sebulan mempunyai 21% peluang yang lebih rendah untuk mendapat leukimia, dan 30% untuk bayi yang menyusu badan selama 6 bulan. 

16. Penyusuan badan melindungi bayi daripada beberapa masalah penglihatan.

17. Bayi yang minum susu formula lebih berisiko untuk obesiti. Susu ibu pula mengurangkan risiko mendapat kolestrol tinggi.

18. Penyusuan badan sebagai kaedah merancang keluarga secara semulajadi. Kebanyakan wanita yang menyusu badan tidak datang haid selama 6 bulan atau lebih. 

19. Penyusuan badan lebih mudah berbanding susu formula. Tidak perlu membancuh susu, hanya selak baju dan tawarkan susu kepada bayi. Tidak perlu berbelanja untuk susu formula. Kerana susu ibu adalah percuma! Ianya hadiah dan anugerah dari Allah untuk hambaNya.

20. Susu formula sangat mahal. Mungkin ada yang bertanya, pam juga mahal kan? Tetapi jika dilihat secara jangka panjang, pam yang dibeli adalah untuk tempoh selama 2 tahun. Katakan satu pam berharga lebih kurang RM500. Jika RM500 dibahagikan dengan 24 bulan = RM20.83! Cukupkah RM20.83 untuk stok susu formula selama sebulan?? Itu pun jika untuk satu anak sahaja. Bagaimana pula jika pam tersebut turut digunakan untuk anak kedua, ketiga dan seterusnya? Bukankah lebih murah.

21. Susu ibu bertindak sebagai ‘ubat penenang’ kepada bayi dan ibu. Bayi biasanya lebih tenang selepas minum susu ibu. Ibu juga merasa lebih tenang selepas menyusukan atau selepas mengepam. Ianya mengurangkan tekanan darah. 

Ini kerana aktiviti penyusuan susu ibu membantu membebaskan hormon gembira dan tenang untuk ibu dan bayi.

22. Susu ibu lebih sedap berbanding susu formula. 

23. Susu ibu yang segar (fresh breast milk) tidak mengandungi bakteria, malahan susu ibu sendiri adalah anti-bakteria.

24. Penyusuan susu ibu membantu pembentukan rahang dan gigi bayi yang baik. Penyusuan adalah baik untuk pembentukan gigi dan rahang bayi kerana bayi perlu menggunakan 60 kali lebih tenaga semasa menyusu. Perlakuan ketika menghisap susu akan membantu pembentukan rahang yang sempurna dan gigi yang tersusun. Semakin lama tempoh penyusuan, semakin berkurangan masalah pergigian.

Tahniah sekali lagi kerana memilih penyusuan susu ibu! 

Anda hebat! 

Selamat menyusu! 

PETUA MUDAH TAMBAH SUSU BADAN

Assalamualaikum & Selamat pagi momies2 comel 


Ramai ibu-ibu mengadu kering susu walaupun baby baru berusia tiga bulan kan? Masalah kering susu ni InsyaAllah boleh diatasi dengan cara yang betul. Jom tengok petua tambah susu badan cara mudah dan murah.. 

1. Kerap menyusu Semakin kerap kita menyusukan bayi, semakin kuat ransangan dan semakin banyaklah susu yang akan terhasil. Galakkan bayi kita menyusu lebih kerap contohnya antara 10-12 kali dalam masa 24 jam. Ini akan meransang hormon prolaktin dalam badan menghasilkan lebih banyak susu. Satu lagi, jangan stres!! Tenangkan fikiran dan banyakkan berzikir semasa menyusukan bayi ;)

 2. Amalan tradisi Boleh juga cuba petua orang2 lama seperti makan ulam (pegaga, peria, jantung pisang, sawi, lobak putih dll) atau juga ikan yu. Petua ni tak semestinya dari orang Melayu saja, anda juga mungkin boleh cuba petua kaum Cina atau India asalkan ianya halal dan baik. 

 3. Makan herba Antara herba yg cukup femes untuk menambah susu ibu ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna, kemudian keringkan. Simpan dalam bekas bertutup. Makan sesudu halba setiap hari. Herba lain yang terkenal ialah jintan hitam atau juga habbatus sauda. Herba 'orang putih' tak kurang hebatnya juga, alfalfa terkenal sebagai milk booster yg dapat meransang penghasilan susu ibu. 

 4. Minum air ikut keperluan Untuk menambah penghasilan susu, pengambilan air mesti dititikberatkan. Penting untuk kita minum air ikut keperluan tubuh. Susu terhasil daripada air, jadi lebih banyak anda minum air, lebih banyak susu dihasilkan. Minuman lain yg boleh di amalkan ialah susu, air soya dan jus oren! 

 5. Posisi yang betul Kemungkinan susu tidak terhasil dengan baik ialah cara perlekapan bayi tidak betul. Dapatkan tunjuk ajar dari bidan, jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang betul. 

 6. Ubat-ubatan Ubat-ubatan boleh didapati dari farmasi berdekatan tetapi tidak begitu digalakkan. Ini kerana sesetengah ubat seperti domperidoneatau maxalone boleh beri kesan sampingan kepada ibu. Ubat seperti ini biasanya hanya disyorkan kepada ibu yang ingin menyusukan anak angkatnya. 

Mahukan vitamin penyusuan lengkap? Mahukan konsultasi berterusan? Hubungi: ALIN 010-8107983 
Fb : As Adam Alin
Fb page: Sihat Itu Mudah emel:zakarianoraslina@gmail.com

Sabtu, 7 Januari 2017

10 Tip Mudah Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia😘😘😘

Entry kali ini saya ingin memberikan tip tip permakanan yang boleh membantu para ibu meningkatkan susu ibu. In sha Allah dipermudahkan urusan ibu ibu. Jom kita mulakan dengan :

Tips 1: Amalkan meminum air susu segar yang diblend dengan kurma. Caranya mudah sahaja, ambil kira-kira 3-7 biji kurma, buangkan bijinya dan rendamkan semalaman dalam air.

Keesokannya boleh lah blendkan kurma tersebut (termasuk air rendamannya) bersama-sama susu segar. Memang sedap sangat rasanya. Tapi ada juga ibu-ibu yang tak suka minum susu, jangan risau, tips kedua ni mungkin sesuai untuk anda.

(Nota: Kalau nak minum pagi, bolem rendam kurma pada waktu malam, kalau nak minum petang@malam, boleh rendam pada waktu pagi)

Tips 2: Amalkan meminum air longan. Cara penyediaannya juga simple. Dapatkan longan kering, biasanya dijual dipasaraya juga di kedai sengsei, basuh bersih-bersih dan rebus.

Untuk tambah rasa manis bolehlah tambah gula melaka dalam air rebusan. Jadikan air longan ini minuman harian anda.

Tips 3: Amalkan lobak putih yang dijadikan sup atau sayur air. Tak tahu macam mana nak buat?

Boleh ikuti resepi mudah ni.
🔅Tumbuk sedikit bawang putih dan ikan bilis, kemudiannya ditumis. Boleh juga tumiskan sekali bawang besar yang dimayang.
🔅Tumis sehingga layu dan tambahkan air.
🔅Kemudian masukkan lobak putih dan sayur sawi yang juga dipercayai mampu membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu,
🔅kemudian masukkan sedikit garam 🔅setelah masak bolehlah dinikmati bersama nasi panas.

Tips 4: Amalkan meminum air halba (fenugreek). Caranya mudah sahaja, ambil sesudu biji halba, rendamkan dalam sedikit air panas kemudian tambah air masak untuk tambah volume air halba tersebut.

Amalkan minum air halba setiap hari. Sesetengah doktor mengatakan bahawa jika diet anda mengandungi halba, penghasilan susu akan meningkat dalam tempoh seminggu. Selain itu, biji Halba adalah sumber zat besi, kalsium, vitamin dan mineral yang baik.

Tips 5: Oat adalah sumber zat besi, kalsium dan serat dan popular di kalangan ibu-ibu menyusu. Anda boleh tambahkan susu, buah-buahan atau kekacang untuk dinikmati bersama-sama oat, terpulang kepada anda.

Kita semua tahu oat bagus untuk menurunkan kadar kolesterol, dan oat sebagai sumber untuk meningkatkan susu ibu adalah suatu yang perlu dimanfaatkan.

Tips 6: Biskut. Bukan biskut biasa, tetapi biskut yang dibuat khusus untuk meningkatkan susu ibu.
Boleh jadikan kudap-kudapan seharian.

Resepinya seperti berikut:
1 cawan mentega
1 cawan gula
1 cawan gula perang
4 sb air
2 sb flax seed (tak boleh digantikan!)
2 biji telur 1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
3 cawan oat (steel cut)
1 cawan cip coklat 4 sb yis

Caranya:
🔅Panaskan oven pada 170 degC. 🔅Campurkan flax seed dan air, 🔅biarkan selama 3-5 minit.
🔅Pukul mentega, gula dan gula perang sampai naik.
🔅Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati. 
🔅Masukkan flax seed dan esen vanilla, gaul sebati.
🔅Ayakkan tepung gandum, yis, serbuk penaik dan garam.
🔅Masukkan bahan-bahan yang diayak kedalam adunan dan gaul sebati. 🔅Masukkan pula coklat cip dan oat dan gaul lagi.
🔅Sapu loyang dengan mentega, kemudian sudukan adunan ke atas loyang.
🔅Buat sehingga habis.
🔅Bakar dalam oven selama 12 minit. 🔅Bila sudah masak, sejukkan sebelum menikmatinya!

Tips 7: Banyakkan minum air kosong sehingga 10-12 gelas sehari. Susu ibu adalah cecair dan perlu pengambilan biasa cecair untuk menghasilkannya.

Satu cara yang baik untuk kekalkan hidrasi adalah untuk minum segelas air setiap kali anda merasa haus. Seperti kebanyakan ibu menyusu, anda akan merasa dahaga setiap kali selepas menyusu.

Tips 8: Ulam-ulaman – Jantung pisang dan daun pegaga. Jantung pisang boleh direbus atau dijadikan kerabu,  manakala pegaga boleh dinikmati segar  bersama-sama nasi panas.

Tips 9: Milo, Horlick atau susu. Mudah, hanya jadikan milo, horlick atau susu penghilang dahaga harian anda. Bukan sahaja bagus untuk penghasilan susu badan, tetapi minuman ini juga kaya dengan pelbagai khasiat untuk membekalkan anda tenaga seharian.

Tips 10: Bawang putih. Selain mempunyai manfaat untuk penyembuhan, bawang putih juga dikatakan membantu dalam meningkatkan bekalan susu ibu. Bayi juga dikatakan gemar dengan rasanya dalam susu ibu.

Tak perlulah sampai nak makan bawang putih begitu saja, hanya tambahkan bawang putih dalam masakan anda, tentu aromanya lebih menyelerakan dan rasanya lebih enak.

Apa tunggu lagi, amalkan tips di atas untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk si comel. Selamat mencuba!

Ahad, 1 Januari 2017

7 Tip Kekalkan Stamina Untuk Ibu Menyusu

Bagaimana caranya untuk mengatasi keletihan dan dapat mengekalkan stamina untuk menjayakan penyusuan susu ibu? Berikut saya kongsikan 7 Tips dan langkah mudah untuk Mengatasi Keletihan dan Mengekalkan Stamina ketika Penyusuan.

1. Tidur apabila bayi tidur. Jika sukar melakukannya, cukuplah sekadar berbaring sambil menutup mata. Ambil peluang yang ada untuk berehat.

2. Minum banyak air. Cuba minum sembilan hingga 12 gelas air sehari. Dehidrasi boleh mengurangkan jumlah darah yang menjadi penyebab keletihan.

3. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi (kismis, bayam & aprikot). Zat besi mampu mengalirkan oksigen ke seluruh tisu, organ dan otot.

4. Elakkan mengambil makanan dan snek berlemak kerana bakal mengambil lebih banyak masa untuk dihadamkan dan mengurangkan aliran darah ke otak, hati dan bahagian tubuh yang lain. Ini berlaku kerana aliran darah meningkat hanya di kawasan perut.

5. Seimbangkan pengambilan protein.

6. Hadkan pengambilan protein antara 15g hingga 20g protein setiap kali makan. Selain itu, dua kali snek seberat 15g adalah digalakkan. Ketahuilah kekurangan protein akan memudahkan anda letih.

7. Kawal pemakanan. Anda hanya perlu makan ketika lapar dan berenti sebelum kenyang. Perut yang terlalu penuh akan menyebabkan keletihan jangka pendek. Dalam pada itu, jika anda mempunyai berat badan berlebihan, ia membuatkan anda lebih mudah letih.


Sabtu, 31 Disember 2016

10 Kebaikan Susu Ibu Kepada Si Comel๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik dan dalam kadar yang mencukupi untuk bayi anda.

2. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.

3. Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi anda.

4. Susu ibu melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

5. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.

6. Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.

7. Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

8. Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.

9. Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosikepada bayi.

10. Susu ibu memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Jumaat, 30 Disember 2016

Anggaran Susu Mengikut Usia

Assalamualaikum & selamat pagi😘😘😘

Panduan penyusuan ini amat sesuai terutama sekali kepada ibu-ibu yang bekerja..

khasnya bagi ibu baru, dah tentu tentu kalian runsing berapa banyak susu ibu yang perlu dibekalkan untuk bayi semasa kita pergi bekerja.

Jadi anggaran susu ibu yang diperlukan oleh bayi dari lahir hingga usia enam bulan adalah seperti berikut :

Dari lahir hingga sebulan

Bilangan penyusuan sehari       : 8 - 12 kali
Amaun susu setiap penyusuan:60 ml
Jumlah susu dalam sehari        :480-720 ml

Usia sebulan hingga 2 bulan :

Bilangan penyusuan sehari       : 7 kali
Amaun susu setiap penyusuan : 90 ml
Jumlah susu dalam sehari        : 630 ml

Usia 2 hingga 4 bulan :

Bilangan penyusuan sehari       : 6 kali
Amaun susu setiap penyusuan : 120 ml
Jumlah susu dalam sehari         : 720 ml

Usia 4 hingga 6 bulan :

Bilangan penyusuan sehari       : 5 kali
Amaun susu setiap penyusuan   : 150 ml
Jumlah susu dalam sehari         : 900 ml

Sumber  panduan penyusuan bayi dipetik dari majalah Mami & Baby

Inginkan susu meriah cam dalam pantang. Jom kita sembang.

Sedia membantu,
Ibu Adam Zaqwan & Adam Zafran
📲 010-8107983
zakarianoraslina@gmail.com
😘😘😘

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak : 

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

# Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizikal dan jiwa anak.

Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Begitu indahnya pahala dan kebaikan yang dah tertulis dalam Quran mengenai penyusuan ibu ini... 

Moga saya akan dapat teruskan penyusuan ini sehingga usianya 2 tahun.. InsyaAllah...