Sabtu, 7 Januari 2017

10 Tip Mudah Banyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia😘😘😘

Entry kali ini saya ingin memberikan tip tip permakanan yang boleh membantu para ibu meningkatkan susu ibu. In sha Allah dipermudahkan urusan ibu ibu. Jom kita mulakan dengan :

Tips 1: Amalkan meminum air susu segar yang diblend dengan kurma. Caranya mudah sahaja, ambil kira-kira 3-7 biji kurma, buangkan bijinya dan rendamkan semalaman dalam air.

Keesokannya boleh lah blendkan kurma tersebut (termasuk air rendamannya) bersama-sama susu segar. Memang sedap sangat rasanya. Tapi ada juga ibu-ibu yang tak suka minum susu, jangan risau, tips kedua ni mungkin sesuai untuk anda.

(Nota: Kalau nak minum pagi, bolem rendam kurma pada waktu malam, kalau nak minum petang@malam, boleh rendam pada waktu pagi)

Tips 2: Amalkan meminum air longan. Cara penyediaannya juga simple. Dapatkan longan kering, biasanya dijual dipasaraya juga di kedai sengsei, basuh bersih-bersih dan rebus.

Untuk tambah rasa manis bolehlah tambah gula melaka dalam air rebusan. Jadikan air longan ini minuman harian anda.

Tips 3: Amalkan lobak putih yang dijadikan sup atau sayur air. Tak tahu macam mana nak buat?

Boleh ikuti resepi mudah ni.
🔅Tumbuk sedikit bawang putih dan ikan bilis, kemudiannya ditumis. Boleh juga tumiskan sekali bawang besar yang dimayang.
🔅Tumis sehingga layu dan tambahkan air.
🔅Kemudian masukkan lobak putih dan sayur sawi yang juga dipercayai mampu membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu,
🔅kemudian masukkan sedikit garam 🔅setelah masak bolehlah dinikmati bersama nasi panas.

Tips 4: Amalkan meminum air halba (fenugreek). Caranya mudah sahaja, ambil sesudu biji halba, rendamkan dalam sedikit air panas kemudian tambah air masak untuk tambah volume air halba tersebut.

Amalkan minum air halba setiap hari. Sesetengah doktor mengatakan bahawa jika diet anda mengandungi halba, penghasilan susu akan meningkat dalam tempoh seminggu. Selain itu, biji Halba adalah sumber zat besi, kalsium, vitamin dan mineral yang baik.

Tips 5: Oat adalah sumber zat besi, kalsium dan serat dan popular di kalangan ibu-ibu menyusu. Anda boleh tambahkan susu, buah-buahan atau kekacang untuk dinikmati bersama-sama oat, terpulang kepada anda.

Kita semua tahu oat bagus untuk menurunkan kadar kolesterol, dan oat sebagai sumber untuk meningkatkan susu ibu adalah suatu yang perlu dimanfaatkan.

Tips 6: Biskut. Bukan biskut biasa, tetapi biskut yang dibuat khusus untuk meningkatkan susu ibu.
Boleh jadikan kudap-kudapan seharian.

Resepinya seperti berikut:
1 cawan mentega
1 cawan gula
1 cawan gula perang
4 sb air
2 sb flax seed (tak boleh digantikan!)
2 biji telur 1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
3 cawan oat (steel cut)
1 cawan cip coklat 4 sb yis

Caranya:
🔅Panaskan oven pada 170 degC. 🔅Campurkan flax seed dan air, 🔅biarkan selama 3-5 minit.
🔅Pukul mentega, gula dan gula perang sampai naik.
🔅Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati. 
🔅Masukkan flax seed dan esen vanilla, gaul sebati.
🔅Ayakkan tepung gandum, yis, serbuk penaik dan garam.
🔅Masukkan bahan-bahan yang diayak kedalam adunan dan gaul sebati. 🔅Masukkan pula coklat cip dan oat dan gaul lagi.
🔅Sapu loyang dengan mentega, kemudian sudukan adunan ke atas loyang.
🔅Buat sehingga habis.
🔅Bakar dalam oven selama 12 minit. 🔅Bila sudah masak, sejukkan sebelum menikmatinya!

Tips 7: Banyakkan minum air kosong sehingga 10-12 gelas sehari. Susu ibu adalah cecair dan perlu pengambilan biasa cecair untuk menghasilkannya.

Satu cara yang baik untuk kekalkan hidrasi adalah untuk minum segelas air setiap kali anda merasa haus. Seperti kebanyakan ibu menyusu, anda akan merasa dahaga setiap kali selepas menyusu.

Tips 8: Ulam-ulaman – Jantung pisang dan daun pegaga. Jantung pisang boleh direbus atau dijadikan kerabu,  manakala pegaga boleh dinikmati segar  bersama-sama nasi panas.

Tips 9: Milo, Horlick atau susu. Mudah, hanya jadikan milo, horlick atau susu penghilang dahaga harian anda. Bukan sahaja bagus untuk penghasilan susu badan, tetapi minuman ini juga kaya dengan pelbagai khasiat untuk membekalkan anda tenaga seharian.

Tips 10: Bawang putih. Selain mempunyai manfaat untuk penyembuhan, bawang putih juga dikatakan membantu dalam meningkatkan bekalan susu ibu. Bayi juga dikatakan gemar dengan rasanya dalam susu ibu.

Tak perlulah sampai nak makan bawang putih begitu saja, hanya tambahkan bawang putih dalam masakan anda, tentu aromanya lebih menyelerakan dan rasanya lebih enak.

Apa tunggu lagi, amalkan tips di atas untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk si comel. Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan